Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas merasmikan Program AADK bersama masyarakat sempena Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah 2025 di Kolej Tingkatan 6 Kulim, dekat Padang Seriai hari ini. Foto Bernama

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas – Saifuddin Nasution

ByBernama

PADANG SERAI, 15 Feb: Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata pada 2022 sebanyak 137,176 individu direkodkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 145,526 individu pada 2023 manakala 192,857 pada tahun lepas.

“Sebanyak 61 peratus daripada jumlah penagih pula berusia lingkungan 15 hingga 39 tahun… data ini dikumpulkan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta 55 pusat pemulihan swasta,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program AADK Bersama Masyarakat dan Peluncuran Kalendar Hari Antidadah 2025 di Kolej Tingkatan Enam Kulim dekat sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh.

Saifuddin Nasution berkata Kelantan berada dalam senarai teratas kadar penyalahgunaan dadah tertinggi, berdasarkan nisbah per 100,000 penduduk diikuti Terengganu, Perlis dan Kedah.

“Pendang, Kedah pula menjadi daerah yang mencatatkan kes penyalahgunaan dadah tertinggi diikuti Kuala Krai dan Bachok di Kelantan,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata Methamphetamine atau syabu dan amphetamine-type stimulants (ATS) merupakan dadah paling banyak disalahgunakan, yang didapati meningkat 34.4 peratus.

“Dadah jenis ganja pula meningkat 63.4 peratus dengan 7,121 kes direkodkan… trend ini menunjukkan ancaman serius dadah sintetik dan konvensional,” katanya.

Beliau berkata beberapa langkah penguatkuasaan bagi mengekang penyeludupan dadah telah dijalankan termasuk pengukuhan kawalan sempadan seperti di Sungai Golok, Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata Jabatan Penjara telah menetapkan tarikh bagi pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyoal siasat seorang banduan berhubung kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping bulan lepas yang dipercayai akibat dipukul.

Jabatan Penjara katanya memberi kerjasama penuh dalam menjalankan siasatan kes itu namun ia perlu dilakukan secara berperingkat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan