Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menghadiri Perhimpunan Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Wanita Sarawak main peranan penting bentuk landskap politik

KUCHING, 14 Feb: Wanita di Sarawak memainkan peranan penting dalam membentuk landskap politik negeri, menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan.

Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penglibatan wanita merangkumi pelbagai peringkat bermula dari akar umbi hingga kepimpinan utama yang menunjukkan pengaruh besar dalam politik.

“Justeru, kita dengan rasa tanggungjawabyang tinggi, secara bijaksana dan bersinergi menyantuni isu-isu berkaitan kepimpinandan perwakilan, penggubalan dasar, advokasi dan pemerkasaan komuniti, kesaksamaan dan pemerkasaan gender serta pemeliharaan alam sekitar dan budaya.

“Berpandukan visi yang jelas, bertunjangkan iltizam yang tinggi dan berpaksikan perpaduan yang teguh, saya yakin kita mampu membawa Wanita PBB ke tahap yang lebih tinggi. Saya amat yakin bersama Pergerakan Bapak, Pemuda dan Belia, secara bersinergi dan saling melengkapi, kita memiliki keupayaan dan kekuatan untuk  merealisasikan aspirasi menjadikan Sarawak sebuah wilayah yang maju, makmur dan bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fatimah juga memberitahu Pergerakan Wanita akan terus meningkatkan usaha bagi memastikan PBB kekal menjadi tulang belakang GPS dalam perjuangan mewujudkan kestabilan politik dan menjadi tunjang utama kepada pembangunan Sarawak.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan