Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak yang diketuai Yang di-Pertuanya, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud di Astana Sarawak di sini, hari ini. Foto TVS

Toh Puan Fauziah bakal hadiri Hari Peringatan Sedunia 2025 Peringkat Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 15 Feb: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bakal menghadiri Hari Peringatan Sedunia 2025 Peringkat Sarawak di Astana Negeri Sarawak pada 19 April 2025 nanti.

Perkara itu dinyatakan Yang di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan sambutan tersebut bertujuan menghayati legasi kedua-dua tokoh Pengasas Pengakap dan Pandu Puteri dalam membentuk nilai kepimpinan dan pembangunan sahsiah dalam kalangan generasi muda.

“Pada hari ini, tujuan kami adalah untuk memaklumkan bahawa kita akan mengadakan Hari Peringatan Sedunia 2025 Peringkat Sarawak yang akan diadakan pada 19 April 2025. Kami menjemput Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan sebagai tetamu bagi sambutan kali ini.

“Sambutan ini bertujuan untuk meraikan dan memperingati Pengasas Pengakap dan Pandu iaitu Sir Robert Baden Powell dan Lady Olave Baden-Powell,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat tersebut.

Menurut Dayang, seramai 250 ahli persatuan akan menghadiri sambutan kali ini dan sambutan turut diserikan dengan pelbagai pengisian.

“Seramai 250 ahli dan pemimpin persatuan akan menghadiri majlis tersebut. Pelbagai aktiviti akan diadakan, seperti panji-panji, persembahan dan nyanyian oleh ahli Pandu Puteri,” katanya.

Bertemakan Kisah Kita: Mencerminkan Perlembagaan dan Nilai Pergerakan Kita, Hari Peringatan Sedunia diraikan sebagai hari yang meraikan persahabatan antarabangsa dan kesatuan dalam mencapai misi dan visi Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk menjadi warga sedunia yang bertanggungjawab.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan