Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata mesyuarat itu dalam masa sama akan menjawab persoalan berhubung struktur jawatankuasa RTG yang baharu. Foto fail Bernama

Tambah atau gugur atlet RTG diketahui Mac depan – Hannah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Pertambahan atau pengguguran atlet dalam program Road To Gold (RTG) hanya akan ditentukan selepas kitaran mesyuarat jawatankuasa baharu program itu dilakukan Mac depan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata mesyuarat itu dalam masa sama akan menjawab persoalan berhubung struktur jawatankuasa RTG yang baharu.

“Kita akan buat sama ada pada Mac. Tunggu pengumuman.

“Kita sedang meneliti perkara berkenaan berdasarkan based on new commitee yang berjumpa kita akan bincangkan,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam masa sama, beliau sedang mengatur pertemuan bersama beberapa atlet berhubung pertambahan atau pengguguran atlet dalam program berkenaan.

“Parlimen baru bermula dan saya sedang aturkan beberapa pertemuan termasuk Lee Zii Jia (perseorangan profesional lelaki), Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani (beregu profesional lelaki), Datuk Mohd Azizulhasni Awang (jaguh basikal trek),” katanya.

Jawatankuasa RTG bersidang buat kali terakhir pada November tahun lepas sekali gus menutup akaun bagi kitaran RTG sebelum ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Hannah dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan