Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Di SARAWAK, sebanyak 202 orang masih berlindung di dua PPS di Miri, satu-satunya kawasan yang masih terkesan dengan bencana banjir. Foto fail Nadim Bokhari (TVS)

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Situasi banjir di Sabah dan Sarawak tidak berubah pagi ini dengan jumlah mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu kekal 309 orang.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga, tidak berubah sejak 8 malam tadi.

“Hanya sebuah PPS di Kinabatangan dibuka, trend pemindahan pagi ini kekal,” menurut jawatankuasa itu.

Di SARAWAK, sebanyak 202 orang masih berlindung di dua PPS di Miri, satu-satunya kawasan yang masih terkesan dengan bencana banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan setakat 8 pagi ini, PPS di Dewan Masyarakat Beluru kekal dengan 137 mangsa, sementara PPS di SMK Bakong Beluru dengan 65 mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan