Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan

Singapura tolak kemasukan 33,100 warga asing pada 2024 – ICA

ByBernama

SINGAPURA, 14 Feb: Singapura menolak kemasukan 33,100 warga asing tahun lepas, yang majoritinya dinilai menimbulkan berisiko terhadap imigresen dan keselamatan negara, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan 15.7 peratus berbanding 28,600 warga asing pada 2023.

“Kebanyakan pengembara berisiko tinggi ini dikenal pasti melalui usaha penyasaran dan pemprofilan lapangan ICA,” menurut ICA dalam kenyataan mengenai Statistik Tahunan 2024.

Risiko imigresen termasuk kemungkinan untuk tinggal lebih masa atau bekerja secara haram, manakala risiko keselamatan melibatkan potensi untuk melakukan jenayah di Singapura.

ICA turut menyatakan bahawa pada 2024, terdapat penurunan dalam bilangan kes identiti berganda yang dikesan di pusat pemeriksaan, berkemungkinan disebabkan oleh penggunaan sistem pelepasan biometrik pelbagai mod serta publisiti berterusan yang menghalang percubaan masuk secara haram.

Selain itu, agensi itu menyatakan bahawa setakat 31 Jan 2025, kira-kira 47 juta pengembara telah melepasi pemeriksaan imigresen tanpa perlu mengemukakan pasport di bawah Konsep Pelepasan Baharu (NCC). Inisiatif ini membolehkan penduduk menikmati pelepasan tanpa pasport di pusat pemeriksaan utama, dan pelepasan automatik kini telah diperluaskan kepada semua pelawat asing.

ICA berkata dengan pelaksanaan penuh NCC, pihaknya dapat menguruskan peningkatan 20 peratus dalam jumlah perjalanan dengan berkesan pada 2024.

Agensi itu mengendalikan hampir 230.4 juta pengembara tahun lepas, peningkatan kira-kira 38 juta berbanding 2023.

Jumlah pengembara pada 2024 mengatasi paras sebelum COVID-19, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan mendadak dalam bilangan pengembara yang menggunakan pusat pemeriksaan darat yang menyumbang lebih 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pengembara.

Rekod 562,000 lintasan darat dalam sehari dicatatkan pada 20 Dis 2024, melebihi paras sebelum COVID-19.

Sementara itu, bilangan individu yang ditahan atas kesalahan berkaitan perkahwinan kontrak (MOC) meningkat dengan ketara daripada lapan pada 2023 kepada 41 orang tahun lepas.

“Peningkatan ini berpunca daripada usaha penguatkuasaan lebih intensif ICA untuk menyiasat dan membanteras pengaturan MOC oleh sindiket, sebahagiannya hasil maklumat daripada orang awam,” katanya.

ICA menegaskan bahawa pihaknya memandang serius percubaan mana-mana individu untuk memperdaya sistem dengan terlibat dalam, mengatur atau membantu MOC bagi mendapatkan kemudahan imigresen di Singapura. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan