Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semasa dalam media selepas melawat BESS di Loji Tenaga Sejingkat, hari ini. Foto TVS

Sarawak cadang guna ‘power bank’ jana tenaga kuasa luar bandar

ByDouglas Elliot

KUCHING, 14 Feb: Kerajaan Sarawak bercadang untuk menggunakan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) bagi penjanaan tenaga di kawasan luar bandar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisatif itu seperti bank kuasa (power bank) berkonsepkan teknologi mudah alih yang membolehkan bateri itu dibawa ke kawasan-kawasan pedalaman bagi bekalan tenaga elektrik.

“Secara prinsipnya, kita boleh mengeluarkan tenaga cara baharu dan boleh diperbaharui melalui bateri.

“Teknologi ini juga yang pertama di Malaysia, dan kalau berjaya mungkin kita boleh letakkan BESS ditempat yang lain, kerana ia mudah alih.

“Jadi saya dan rakan-rakan berpendapat kaedah ini boleh digunakan di luar bandar kerana ia mampu untuk membekalkan keperluan tenaga di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam media selepas melawat BESS di Loji Tenaga Sejingkat, hari ini.

Projek dibawah Sarawak Energy Berhad (SEB) itu telah menelan perbelanjaan sebanyak RM128 juta bagi 22 kontainer yang mengandungi bateri.

Jelasnya, BESS berkapasiti 60 Megawatt (MW) itu juga merupakan fasiliti berskala utiliti pertama seumpamanya di Malaysia.

Beliau menambah BESS berfungsi sebagai simpanan tenaga kecemasan dan membantu dalam mengawal selia voltan serta frekuensi grid, terutamanya semasa tempoh voltan rendah.

Sementara itu, Abang Johari turut menggalakkan SEB untuk meneroka penghasilan sistem penyimpanan baterinya sendiri bagi memperkukuh bekalan elektrik di rantau ini.

“Walaupun ini hanya satu cita-cita, saya percaya ia boleh direalisasikan. Sarawak sudah pun membuktikan pendekatan yang berjaya melalui kemudahan ini,” tambahnya.

Beroperasi sejak Disember 2024, BESS menyediakan perkhidmatan grid penting terutamanya dalam penyimpanan lebihan tenaga boleh diperbaharui, mengurangkan permintaan waktu puncak, meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan kuasa serta menurunkan pelepasan gas rumah hijau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan