Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Program Perarakan Harmoni 2025 pada 15-16 Feb, tonjol kepelbagaian budaya Malaysia

ByMarzella Sigai

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menganjurkan Program Perarakan Harmoni 2025 pada 15 dan 16 Februari 2025 bermula jam 9.00 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2025 dan Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia, yang kini dijenamakan sebagai Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Harmoni 2025.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, program seperti ini membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali kepelbagaian agama serta budaya di negara ini.

“Perpaduan dan kesatuan masyarakat adalah matlamat utama Kerajaan MADANI dan dengan mengamalkan konsep ‘Faham, Hormat dan Terima’, kita dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Aaron berkata, Perarakan Harmoni 2025 merupakan program baharu yang diperkenalkan oleh KPN untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian dengan menonjolkan kepelbagaian etnik, keunikan budaya serta kekayaan warisan masyarakat di Malaysia.

Ujanya, antara aktiviti yang akan diadakan ialah perarakan kereta berhias diiringi 600 orang peserta yang terdiri daripada 10 kumpulan kaum termasuk Melayu, India, Cina, Sabah, Sarawak, Orang Asli, Baba & Nyonya, Siam, Chetti dan Jawa.

“Para peserta juga akan membuat persembahan kebudayaan dan memainkan alat muzik sepanjang perarakan dijalankan.

“Perarakan ini akan bergerak sejauh 1.6 kilometer bermula daripada Dataran Merdeka melalui Jalan Raja, Jalan Tunku Abdul Rahman seterusnya kembali ke Dataran Merdeka,” jelasnya lagi.

KPN turut menjemput orang ramai untuk sama-sama hadir dan memeriahkan Perarakan Harmoni serta melihat sendiri keunikan kereta berhias yang akan dipamerkan, selain menikmati alunan muzik, tarian dan persembahan daripada pelbagai kaum di Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan