Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Johor Datuk M Kumar (dua, kanan) menunjukkan dadah bernilai hampir RM3.2 juta dibungkus menggunakan peket minuman segera yang dirampas dengan tertangkapnya tiga ahli sindiket pengedaran menerusi satu operasi khas di daerah ini pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. Foto Bernama

Polis tumpas sindiket edar dadah guna peket minuman segera

ByBernama

JOHOR BAHRU, 14 Feb: Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan peket minuman segera selepas menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM3.2 juta dalam satu operasi khas pada 6 dan 7 Feb lepas.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata dua warga tempatan berusia 41 dan 48 tahun serta seorang warga Singapura berusia 47 tahun yang dipercayai ahli sindiket itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Johor Bahru Selatan.

Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan tujuh serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini termasuk sebuah rumah teres dan tiga buah kondominium yang dijadikan sebagai stor penyimpanan dadah.

“Dadah yang dirampas melibatkan 15 kilogram (kg) serbuk ekstasi, satu kg ketamin, 1.35 kg syabu, 294 gram ganja, 7,800 biji pil ekstasi dan 6,250 bijil pil erimin 5.

“Modus operandi sindiket beroperasi sejak Januari lepas ini adalah menjadikan kondominium berpagar dan berpengawal sebagai stor penyimpanan. Dipercayai bekalan diperoleh dari Kuala Lumpur sebelum dibungkus dan diedar untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di IPK Johor di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu berkata sindiket berkenaan menggunakan peket minuman segera yang antaranya berperisa kopi dan coklat sebagai taktik untuk mengaburi pihak berkuasa serta menjualnya sehingga RM250 bagi sepeket dadah.

Justeru, beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti ahli sindiket lain dan kemungkinan sindiket itu turut mempunyai dalang di luar negara.

Beliau menyatakan tiga buah kereta, sebuah motosikal, 14 utas jam tangan dan pelbagai jenis barang kemas bernilai RM65,670, wang tunai RM1,491 dan Dolar Singapura SGD117 turut disita dalam operasi itu.

Sementara itu, beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine, manakala seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Tambah beliau, kesemua lelaki itu direman sehingga 17 Feb dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan