Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman sekali lagi dilantik sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak hari ini. Foto Muqri Aziz (TVS)

Pelbagai inisiatif dilaksana untuk pastikan pendekatan Kerajaan Sarawak kekal efektif

ByMuqri Aziz

KUCHING, 14 Feb: Pejabat Setiausaha Politik Premier Sarawak merangka pelbagai inisiatif bagi memastikan dasar dan pendekatan kerajaan dapat disampaikan dengan berkesan kepada rakyat.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, pendekatan kerajaan harus selari dengan aspirasi dan kehendak rakyat.

“Adalah penting untuk memastikan dasar-dasar ini dapat dimanfaatkan oleh sebanyak mungkin golongan masyarakat agar pendekatan kerajaan kekal efektif dan relevan dengan keperluan rakyat.

“Pada masa sama, kita akan terus menyokong visi Premier Sarawak dalam memastikan pembangunan berterusan di wilayah ini melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan kelestarian alam sekitar sebagai asas utama dalam dasar pembangunan,” katanya.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memperjuangkan hak Sarawak berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), dan Perlembagaan Persekutuan.

Fazzrudin dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak

Pelantikan semula beliau sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia untuk tempoh tiga tahun menjadi asas kepada usaha memperkukuhkan sistem penyampaian pentadbiran wilayah ini.

Fazzrudin pertama kali dilantik ke jawatan tersebut pada 18 Februari 2022 menggantikan ADUN Semop, Datuk Abdullah Saidol.

Susulan perubahan gelaran Ketua Menteri kepada Premier Sarawak pada 1 Mac 2022, jawatan tersebut turut disesuaikan menjadi Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak.

Selepas majlis angkat sumpah, beliau menandatangani surat rahsia dan menerima watikah pelantikan daripada Premier Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan