Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Yang di-Pertua PBB Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Majlis Perhimpunan Agung Ke-16 Pergerakan Pemuda & Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

PBB Sarawak pergiat rekrut lebih ramai belia, penerus legasi parti

BySteward Dawi

KUCHING, 14 Feb: Timbalan Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyaran agar parti keramat itu mempergiat usaha merekrut lebih ramai ahli baharu terutama dalam kalangan golongan belia.

Beliau berkata inisiatif itu memberi perhatian kepada penyertaan golongan belia yang berumur 18 hingga 39 tahun dalam usaha memastikan kesinambungan sokongan terhadap PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat cawangan masing–masing.

“Jumlah pengundi di Sarawak bertambah iaitu pada tahun 2022, pengundi Sarawak bertambah 59.4 peratus iaitu seramai 1,945,074 pengundi.

“Pada tahun 2024 pula, bilangan pengundi meningkat kepada 2,008,347 pengundi iaitu 50.17 peratus atau 1,007,514 pengundi adalah lelaki, manakala 49.83 peratus atau 1,000,833 pula adalah wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Agung Ke-16 Pergerakan Pemuda & Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Turut hadir Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Miro Simuh dan Setiausaha Agung PBB Sarawak Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Jelas Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak, pergerakan Wanita PBB Sarawak menggalas peranan penting untuk mendekati golongan belia, terutamanya menjelaskan tentang peranan besar parti PBB di dalam pembangunan parti dan pembangunan Sarawak.

“Pergerakan Pemuda PBB Sarawak juga perlu memberi perhatian kepada kumpulan ini kerana undian mereka sangat penting untuk menjadi penerus kepada kejayaan parti PBB,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perhimpunan Agung Ke-16 Parti PBB Sarawak, mahu generasi muda dan golongan belia memahami sejarah penubuhan parti PBB Sarawak yang sangat unik dan telah berjaya melakar pelbagai kejayaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan