Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul-Gheit pada Khamis menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual." Foto fail AFP

Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan “Gaza bukan untuk dijual”

ByBernama

KAHERAH, 14 Feb: Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul-Gheit pada Khamis menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa “Gaza bukan untuk dijual.”

“Saya menegaskan penolakan mutlak dan tegas Liga Arab, sebagai institusi yang menghimpunkan semua negara Arab, terhadap sebarang usaha untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka dengan apa jua alasan,” katanya semasa sesi Majlis Ekonomi dan Sosial liga itu di Kaherah, yang disiarkan di televisyen negara Mesir, lapor Xinhua.

Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya, selaras dengan penyelesaian dua negara.

Aboul-Gheit turut menegaskan bahawa isu Palestin merupakan “perjuangan utama bagi dunia Arab, baik rakyat mahupun kerajaan.”

Ketua liga itu berkata sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin adalah satu ketidakadilan nyata terhadap hak mereka.

Beliau turut mengecam peningkatan serangan tentera Israel di Tebing Barat.

Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini mencadangkan pembangunan semula Gaza dan pemindahan populasinya ke negara jiran termasuk Jordan dan Mesir.

Cadangan kontroversi itu telah ditolak di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kaherah dijadual menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar Arab pada 27 Feb bagi membincangkan perkembangan terkini isu Palestin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan