Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan sokongan operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM15.66 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.86 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat itu akan menawarkan dua tender repo berbalik merangkumi tender RM3.0 bilion selama tujuh hari dan RM1.0 bilion selama 89 hari.

Ia akan turut melaksanakan tender repo berbalik Islam bernilai RM130 juta bagi tempoh tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM5 bilion bagi tempoh tiga hari.

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik, jual dan belian semula serta Kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.7 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM20.0 bilion. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan