Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi veteran, Ijunainah M. Amin ketika ditemui TVS di acara Sepetang Bersama Artis dan Influencer Konsert Rakyat Siti Payung di Hotel Nur, Miri, hari ini. Foto TVS

Ijunainah teruja temui peminat di Miri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 14 Feb: Penyanyi veteran, Ijunainah M. Amin menzahirkan keterujaannya untuk beraksi di sebuah pentas konsert rakyat di sini pada malam esok.

Menurut pelantun asal lagu Suasana Riang Di Hari Raya itu meskipun lagu-lagunya masih diperdengarkan sehingga ke hari ini, ramai juga yang tidak mengenali dirinya secara peribadi.

“Mungkin kerana orang di Miri selalu mendengar lagu saya, terutama ketika Hari Raya, tetapi mereka tidak tahu siapa yang menyanyikannya. Bila mereka nampak saya di pentas, barulah mereka sedar. Jadi, apabila saya dipanggil untuk membuat persembahan, saya rasa ini peluang baik untuk bertemu peminat setelah sekian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di acara Sepetang Bersama Artis dan Influencer Konsert Rakyat Siti Payung di Hotel Nur, Miri, hari ini.

Ijunainah juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali aktif dalam bidang seni dan menegaskan bahawa beliau akan terus menyanyi selagi masih ada peminat yang mahu mendengar suaranya, kerana baginya, nyanyian adalah satu kecintaan yang tidak akan pudar.

“Saya memang seorang penyanyi, jadi saya akan terus menyanyi selagi ada yang mahu mendengar. Kalau masih ada undangan, saya akan teruskan,” katanya lagi.

Selain terkenal dengan lagu-lagu perayaan, artis ini turut mempunyai beberapa lagu dalam filem namun ramai yang tidak menyedari bahawa lagu-lagu tersebut sebenarnya dinyanyikan olehnya.

“Saya ada empat buah lagu dalam filem, antaranya Keluarga Comot, Hapuskan Air Matamu, dan Pendekar. Tapi ramai yang tidak tahu lagu-lagu itu dinyanyikan oleh saya,” ujarnya.

Artis ini turut aktif dalam Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) dan sering menerima jemputan ke pelbagai majlis yang dianjurkan.

“Saya masih ahli. Kadang-kadang kami dijemput ke majlis-majlis tertentu. Hari ini pun saya diundang oleh Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan