Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan watikah pelantikan kepada Dato Fazzrudin Abdul Rahman. Foto Muqri Aziz (TVS)

Fazzrudin dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 14 Feb: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak hari ini.

Majlis angkat sumpah berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di hadapan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Fazzrudin pertama kali dilantik ke jawatan tersebut pada 18 Februari 2022 sebagai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak menggantikan ADUN Semop, Datuk Abdullah Saidol.

Jawatan tersebut kemudiannya ditukar kepada Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak susulan gelaran Premier Sarawak mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2022.

Selepas majlis angkat sumpah, beliau menandatangani surat rahsia dan menerima watikah pelantikan daripada Premier Sarawak.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan