Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta dinaiki empat sekeluarga yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Gedong, Simunjan, hari ini. Foto JBPM

Dua beranak maut, kereta bertembung dengan lori

KUCHING, 14 Feb: Dua beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Gedong, Simunjan, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (JBPM) Sarawak berkata seorang lelaki iaitu pemandu kereta terbabit, Sim Geok Chiew, 37, dan anak perempuannya Alisia Sim, 11, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua orang yang tercampak dan masih sedar iaitu seorang mangsa kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun (Alysa Sim) telah dibawa oleh EMRS Serian ke Hospital Simunjan, manakala seorang lagi mangsa wanita dewasa (Freda Gulong, 36 tahun) dibawa oleh ambulans Hospital Simunjan,” katanya dalam kenyataan.

Kedua-dua mangsa berkenaan, cedera parah.

Bomba yang menerima panggilan pada pukul 1.26 tengah hari menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan dan Serian ke lokasi kemalangan.

“Pemandu lori dilaporkan selamat dan tiada mengalami kecederaan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan