Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bomba mengambil masa hampir 12 jam untuk memadam sepenuhnya kebakaran belukar di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh di sini yang merebak sehingga ke kawasan seluas 6.8 hektar petang semalam. Foto hiasan Envato

Bomba ambil masa hampir 12 jam padam kebakaran belukar di Ayer Keroh

ByBernama

MELAKA, 14 Feb: Bomba mengambil masa hampir 12 jam untuk memadam sepenuhnya kebakaran belukar di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh di sini yang merebak sehingga ke kawasan seluas 6.8 hektar petang semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairulnizam Mohamad Anuar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.50 petang, dan 29 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati berlaku kebakaran belukar dengan anggaran keluasan 1.2 hektar, yang terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Kawasan A di puncak bukit sebelah Kondominium Muzaffar Height (Kawasan B) dan pencawang Tenaga Nasional Berhad (Kawasan C).

“Jentera dari BBP Ayer Keroh melakukan pemadaman dari atas puncak bukit menggunakan dua aliran hos sepanjang 500 kaki (152 meter) dari tangki air jentera, dan dibantu jentera balai bomba Tangga Batu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairulnizam berkata bagi Kawasan B pengawalan dan pemadaman api dilakukan dari BBP Bukit Katil manakala Kawasan C oleh jentera dari BBP Melaka Tengah.

“Dalam operasi ini, kita juga mendapat bantuan sumber air daripada pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang membuka pintu tangki air terdekat.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.28 pagi tadi. Kami mengambil masa yang agak lama untuk mengawal dan memadam kebakaran. Angin kuat, cuaca kering dan panas antara faktor api merebak dengan pantas,” katanya.

Mohd Khairulnizam berkata tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu dan operasi pemadaman turut dibantu anggota dari agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan SAMB. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan