Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dalam kalangan belia perlu menelusuri sejarah penubuhan parti keramat itu selain memahami corak kepimpinan pemimpin terdahulu agar ia dapat dijadikan pedoman masa akan datang.

Belia PBB harus contohi kepemimpinan terdahulu

BySalasiah Safian

MIRI, 14 Feb: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dalam kalangan belia perlu menelusuri sejarah penubuhan parti keramat itu selain memahami corak kepimpinan pemimpin terdahulu agar ia dapat dijadikan pedoman masa akan datang.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Piasau, Yusri Dato Ahmad Lai berkata melaluinya generasi muda parti akan dapat menterjemahkan maksud sebenar perjuangan yang didukung pemimpin dahulu hingga kini.

“Rasanya kita patut mencontohi bukan sahaja pada zaman Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, namun mungkin juga daripada era-era sebelumnya. Lebih elok sekiranya kita merujuk kepada sejarah penubuhan sehingga wujud parti PBB ini dan seperti cogan katanya ‘Berkorban, Bersatu’.

“Dari situ kita boleh lihat bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu yang bergabung untuk menerajui parti yang seterusnya dapat menerajui Sarawak, GPS khususnya,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Selain itu katanya pemimpin baharu yang diangkat juga perlu melihat cabaran pada masa kini yang berbeza dari sebelumnya.

Dalam pada itu, beliau juga yakin bahawa barisan pemuda PBB juga sudah bersedia untuk menerima segala cabaran yang mendatang dan akan memberikan sepenuh komitmen.

“Memang hasrat YAB Premier Abang Johari untuk kepimpinan baru, pelapis-pelapis baru khususnya daripada pemuda PBB, yang akan mengambil alih tampuk pimpinan PBB pada satu masa kelak tapi biarlahnya secara transisi yang memang kita amalkan sebelum ini.

“Cuma cabaran-cabaran untuk pemimpin-pemimpin baru ini mungkin dari segi mendekati rakyat itu tidak lagi sama seperti dahulu. Sekarang ini sudah ada medium seperti media sosial untuk lebih dekat dengan rakyat dan pengundi khususnya. Mungkin pemimpin-pemimpin baharu juga perlu mendekati belia dan pemuda,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan