Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi STB Dato Dennis Ngau

AirBorneo pelengkap usaha STB tarik lebih ramai pelancong

BySalasiah Safian

MIRI, 14 Feb: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyifatkan AirBorneo sebagai pelengkap kepada usaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak.

Pengerusinya Dato Dennis Ngau berkata, STB sebelum ini menawarkan pelbagai produk pelancongan namun berdepan kekangan dari segi pengangkutan.

“Kita mempunyai produk pelancongan yang cukup banyak namun kekangan kita adalah cara mereka hendak masuk ke Sarawak.

“Kewujudan syarikat penerbangan sendiri membantu memudahkan urusan kita memperkasa industri pelancongan,” katanya kepada TVS.

Menurutnya, STB juga akan akan terus melihat kerjasama yang boleh dijalinkan dengan Sabah bagi mempromosikan pelancongan.

“Kita mahu Sarawak, Sabah termasuk Brunei dan Kalimantan bersama menjadi satu produk pelancongan yang besar. Tapi kita meletakkan Sarawak sebagai tempat orang pelawat masuk ke Pulau borneo. Jadi sebab itulah kami mempromosikan slogan Gateway to Borneo.

“Kita mahu orang datang ke Sarawak dalam seminggu atau dua minggu dan kemudian mungkin boleh meneruskan percutian ke Sabah, Brunei, Kalimantan dan Filipina,” ujarnya.

Sementara itu, Kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG) telah menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) di Kuching pada Rabu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya merancang untuk terus mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pilihan bagi pelancong dan ahli perniagaan melalui kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan MAG. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan