Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Bahagian Keusahawanan dan Pengurusan Organisasi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd. Hizam Hanafiah

AirBorneo pecah monopoli, tawarkan lebih banyak pilihan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Operasi syarikat penerbangan baharu milik Kerajaan Sarawak, AirBorneo diyakini akan menawarkan perkhidmatan yang lebih kompetetif dalam sektor berkenaan.

Profesor Bahagian Keusahawanan dan Pengurusan Organisasi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd. Hizam Hanafiah berkata, perkembangan itu secara keseluruhannya turut memberi impak positif kepada pengguna.

Menurut beliau, ini sejajar dengan hasrat mahukan industri yang tidak dibelenggu isu monopoli yang memberi kesan kepada kewangan pengguna.

“Kalau kita nak kata apa impak positif AirBorneo, sebagai pengguna saya memang sukalah kerana semakin banyak pesaing lebih bagus kerana akan wujud lebih banyak pilihan, produk, tawaran dan promosi.

“Pengguna semestinya mahukan harga lebih murah, kompetitif, pakej yang lebih baik, lokasi yang lebih banyak serta kekerapan penerbangan yang lebih tinggi,” katanya kepada TVS.

Beliau mengulas kejayaan Kerajaan Sarawak memuktamadkan pengambilalihan MasWings yang kini dikenali sebagai AirBorneo pada 12 Februari lepas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengambilalihan itu sejajar dengan komitmen untuk meningkatkan kesalinghubungan serantau dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi wilayah berkenaan.

Sementara itu Mohd. Hizam berkata, pemilik AirBorneo perlu memastikan syarikat penerbangan itu mampu bersaing dalam industri berkenaan yang sangat mencabar selain memerlukan perbelanjaan besar.

“Dalam perspektif industri, dengan kehadiran AirBoneo ini, kita perlu pastikan ia tidak menjadi seperti MyAirlines (dan oleh itu) perlu mempunyai suntikan modal yang bagus (besar) supaya dapat berkembang sejajar dengan pemulihan ekonomi negara.

“(Namun perlu diingat) ia juga bergantung kepada pelbagai faktor termasuk permintaan pelanggan. Dalam industri penerbangan, masalah utama adalah kenaikan harga minyak selain naik turun Ringgit Malaysia atau beroperasi di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kos operasi tinggi dan juga bagaimana (AirBorneo) menghadapi pesaing besar seperti Malaysia Airlines dan Airasia,” tambahnya.

Pada masa sama, Mohd Hizam berkata, penjenamaan semula MasWings kepada AirBorneo menunjukkan syarikat itu mahu menjadi pesaing utama dalam industri penerbangan serantau.

“Saya lihat AirBorneo mahu jadi pesaing utama di Sarawak, Sabah dan Kalimantan, itu perseptif saya.

“Jika kerajaan negeri atau pelabur di Sarawak serius menjadikan AirBorneo lebih berjaya, antara perkara yang perlu dibuat adalah menambah baik kemudahan – kemudahan di lapangan terbang , infrastruktur di Sarawak termasuk di Sabah dan Kalimantan.

“Pada zaman sekarang, bila ada teknologi digitall, ia memudahkan urusan warga Malaysia, ASEAN dan dunia berkunjung ke Sarawak,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan