Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Israel bakar rumah di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata. Foto AFP

Tentera Israel bakar rumah di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata

ByBernama

BEIRUT, 13 Feb: Tentera Israel membakar beberapa rumah dan sebuah ladang di selatan Lubnan pada Rabu, dalam insiden terbaru pelanggaran perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

Menurut Agensi Berita Lubnan, beberapa rumah dibakar oleh tentera Israel di bandar Al-Aadaissah.

Tentera Israel juga melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di kawasan sempadan Aita al-Shaab, menurut laporan penyiar itu.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Gencatan senjata yang rapuh dilaksanakan sejak 27 Nov, mengakhiri berbulan-bulan tembakan bersama antara Israel dan Hizbullah yang meningkat menjadi konflik berskala penuh pada September lalu.

Walaupun gencatan senjata termeterai, Israel melakukan hampir 900 pelanggaran, membunuh dan mencederakan puluhan orang di Lubnan termasuk wanita dan kanak-kanak.

Di bawah perjanjian gencatan senjata, Israel sepatutnya menyelesaikan pengundurannya dari selatan Lubnan menjelang 26 Jan, tetapi tarikh akhir dilanjutkan hingga 18 Feb selepas Israel enggan mematuhi perjanjian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan