Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang maut manakala 10 lagi cedera dalam letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di gedung beli-belah Shin Kong Mitsukoshi di Taichung, menurut pegawai bomba tempatan pada Khamis. Foto AFP

Seorang maut, 10 cedera dalam letupan di Taichung

ByBernama

TAICHUNG (Taiwan), 13 Feb: Seorang maut manakala 10 lagi cedera dalam letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di gedung beli-belah Shin Kong Mitsukoshi di Taichung, menurut pegawai bomba tempatan pada Khamis.

Menurut laporan Central News Agency (CNA) yang memetik Biro Bomba Taichung, empat individu dipercayai tercampak keluar dari tingkap tingkat 12 gedung berkenaan di Daerah Xitun, berdasarkan keterangan saksi.

Biro itu menerima laporan mengenai letupan pada 11.33 pagi waktu tempatan sebelum segera mengerahkan pasukan bomba serta ambulans ke lokasi kejadian.

Sehingga laporan ini diterbitkan, operasi menyelamat masih giat dijalankan, manakala punca letupan masih dalam siasatan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan