Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata hasil penilaian itu akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet Sarawak. Foto: Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak lakukan penilaian awal kerosakan pasca banjir

ByMuqri Aziz

KUCHING, 13 Feb: Kerajaan Sarawak sedang giat menjalankan penilaian awal terhadap kerosakan akibat banjir yang melanda wilayah ini dengan senarai awal telah dikenal pasti bagi tindakan lanjut.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, hasil penilaian itu akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet Sarawak sebelum dimajukan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sarawak laksana penilaian awal kerosakan pasca banjir | TVS

“Kerajaan Sarawak sedang menilai kerosakan akibat banjir dengan laporan awal akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet minggu depan.

“Kita juga akan membawa perkara ini kepada PMO dan NADMA bagi memaklumkan tahap kerosakan akibat banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima cek cura berjumlah RM300,000 daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang diketuai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Menurutnya, kerosakan yang dikenal pasti merangkumi pembersihan sekolah, rumah penduduk, hospital serta klinik kerajaan dan swasta.

Selain itu, jalan raya yang terputus serta kemudahan awam lain turut mengalami kerosakan serius.

Dalam pada itu, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumkan sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi setakat awal pagi tadi yang menempatkan 229 ketua isi rumah (KIR) dengan seramai 677 mangsa.

“Sejak awal banjir, kita telah membuka 86 PPS, termasuk beberapa PPS bagi mangsa tanah runtuh dan kebakaran. Secara keseluruhannya terdapat 4,966 KIR yang terjejas, melibatkan 16,700 mangsa.

“Kini, kebanyakan PPS telah ditutup dan mangsa pulang ke rumah masing-masing,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi pembersihan pasca banjir terutamanya di Bintulu yang mengalami kesan paling teruk akibat bencana ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan