Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam satu temu bual khas bersempena dengan Perhimpunan Agung PBB ke-16. Foto TVS

Sarawak catat RM116 bilion pelaburan diluluskan sejak 2020

ByFebbright James

KUCHING, 13 Feb: Sarawak menarik RM116 bilion pelaburan yang diluluskan menerusi semua sektor dari tahun 2020 hingga September 2024 sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil daripada usaha wilayah ini menerokai bidang baharu yang berteraskan pembangunan mampan seperti yang digariskan dalam PCDS 2030 selain terus memperkasa ekonomi konvensional.

“Kini, sejak dari tahun 2020 hingga September 2024, jumlah pelaburan yang diluluskan oleh Sarawak untuk semua sektor ialah RM116 bilion.

“Selain meningkatkan aktiviti ekonomi konvensional, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneroka bidang baharu berteraskan pembangunan mampan yang menjadi tonggak dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 .

“Kerajaan Persekutuan setuju untuk menjadikan Sarawak sebagai hab untuk industri semikonduktor dan aeroangkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu temu bual khas bersempena dengan Perhimpunan Agung PBB ke-16.

Tambahnya, Sarawak juga mengorak langkah dalam tenaga boleh diperbaharui dengan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya 15,000 megawatt elektrik menjelang 2035 bukan sahaja untuk kegunaan domestik tetapi juga untuk eksport.

“Sarawak akan menjadi hab. Negeri ini sudah mula mengeksport tenaga ke Kalimantan, Indonesia dan kini Sabah juga mahu membeli kuasa daripada kami. Malah Singapura dan mungkin Semenanjung Malaysia memerlukan bekalan tenaga dari Sarawak,” ujarnya.

Selain tenaga boleh diperbaharui, Awang Tengah berkata, Sarawak juga mengukuhkan sektor minyak dan gas melalui Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

“Kami telah pun menandatangani Perjanjian Penyelesaian Komersial dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan yang menyediakan rangka kerja untuk bekerjasama.

“Petros kini merupakan pengagregat tunggal gas di Sarawak yang mengukuhkan kedudukan yang lebih kukuh dalam industri,” jelasnya.

Berikutan daripada itu katanya, Kerajaan Sarawak sangat menekankan pendidikan dengan memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi menampung keperluan industri.

Jelasnya, Abang Johari juga menekankan komitmen Sarawak terhadap pembangunan infrastruktur termasuk pelabuhan dan lapangan terbang baharu bagi memudahkan pertumbuhan ekonomi.

“Premier telah mengumumkan bahawa kita akan mempunyai pelabuhan baharu dan lapangan terbang baharu. Semalam, Sarawak mengambil alih MASwings dan melancarkan AirBorneo,” kata Awang Tengah.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan