Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Komuniti PPR Lembah Subang 1, di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

RM185 juta disalurkan baik pulih PPR di seluruh negara tahun ini – Anwar

ByYusuf Shukri

PETALING JAYA, 13 Feb: Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM185 juta untuk melaksanakan projek baik pulih infrastruktur dan kemudahan di kesemua 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan penting bagi memastikan kesejahteraan penduduk PPR.

Kata beliau, pendekatan sedia ada perlu dikaji semula agar usaha berkenaan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

“Saya tak mahu apabila Perdana Menteri umum hari ini, minggu depan tak nampak apa, dua minggu masih tak ada apa-apa, lepas Ramadan, lepas raya lif masih rosak, saya tidak akan terima ini.

“Minggu hadapan saya mahu laporan sudah bermula projek baik pulih atau tidak.

“Saya berharap pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, majlis perbandaran dan sebagainya akan melaksanakannya dengan segera,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Forum Komuniti PPR Lembah Subang 1, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Tambah Perdana Menteri, pada tahun lepas kerajaan telah membelanjakan RM100 juta untuk tujuan yang sama sekali gus menjadikan jumlah perbelanjaan baik pulih PPR mencecah RM285 juta.

“Ini merupakan lonjakan besar dalam perbelanjaan kerajaan berbanding tahun-tahun yang terdahulu yang hanya memperuntukkan sekitar RM50 juta hingga RM100 juta sahaja.

“Saya tidak ada masalah kerana ini bukan membazir (sebaliknya untuk) baiki lif dan perbaiki kemudahan.

“Kalau duduk rumah pun robek, bocor, jiran tetangga tak kenal, jadi tak ada semangat (untuk jadikan) rumah itu syurga kalau lif rosak, tandas pam pun tak jalan, sebab itu Kerajaan MADANI ambil tanggungjawab, tetapi mesti disambut oleh masyarakat,” katanya lagi.

Pada majlis berkenaan Anwar turut mengumumkan peruntukan RM1.2 juta bagi projek membaik pulih PPR Lembah Subang 1, terutama melibatkan kemudahan lif yang sering mengalami kerosakan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan