Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis telah mengenal pasti identiti lima mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini awal pagi tadi. Foto hiasan Bernama

Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga maut dalam kebakaran

ByBernama

JASIN, 13 Feb: Polis telah mengenal pasti identiti lima mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Supt Mohamad Rusli Mat berkata mangsa dikenali Laila Fathinah Mustapa, 37, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13, Izz Daffa Hafizuddin, 7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4.

Beliau berkata suami mangsa yang terselamat dalam kebakaran itu dikenali sebagai Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35.

“Muhammad Khairuddin cuba menyelamatkan ahli keluarganya namun pergerakan terbatas akibat patah kaki selepas terbabit kemalangan bulan lepas.

“Kesemua jenazah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan