Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga bagi tong silinder gas petroleum cecair (LPG) bagi pengguna di pasaran, sebagaimana yang didakwa di media sosial. Foto TVS

PETROS: Tiada kenaikan harga tong gas LPG di Sarawak

ByDouglas Elliot

KUCHING, 13 Feb: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga bagi tong silinder gas petroleum cecair (LPG) bagi pengguna di pasaran, sebagaimana yang didakwa di media sosial.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PETROS memaklumkan bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali dan bekalan tong LPG mencukupi bagi memenuhi permintaan di Sarawak.

“Bagi memastikan bekalan LPG kepada pelanggan di Bahagian utara Sarawak tidak terjejas, PETROS telah mengaktifkan pelan kesinambungan perniagaannya dengan mendapatkan bekalan LPG dari Kuching dan Teluk Sepanggar, Sabah.

“Dalam pada itu, PETROS juga telah meningkatkan kapasiti pengangkutan LPG dari Kuching dan Teluk Sepanggar, Sabah serta menubuhkan depot tambahan untuk tujuan penyimpanan di Miri,” petik kenyataan berkenaan.

Terdahulu, tular di sosial media yang mendakwa bahawa kos pengangkutan tambahan tong silinder LPG akan dikenakan kepada pelanggan.

Jelas PETROS, semua kos pengangkutan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat bagi mengelakkan sebarang kenaikan harga.

Banjir yang melanda bahagian Bintulu baru-baru ini telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Loji Pembotolan LPG PUSAKA Integrated Resources, lalu menjejaskan operasi di loji itu.

Ujarnya, banjir itu turut menjejaskan laluan operasi dan pengangkutan utama, menyebabkan kelewatan penghantaran ke beberapa kawasan di Sarawak.

“PETROS sedang bekerjasama rapi dengan pihak berkuasa berkaitan, rakan logistik dan pengedar tempatan bagi mempercepatkan proses tambah semula stok dan penghantaran.

“Situasi dijangka pulih secepat mungkin apabila keadaan selamat,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, PETROS menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu dan mengelakkan pembelian panik.

Pengguna juga dinasihatkan membeli mengikut keperluan bagi memastikan pengagihan yang adil untuk semua.

Orang ramai digalakkan untuk melaporkan mana-mana pihak yang mengenakan caj tambahan kepada Perkhidmatan Pelanggan PETROSNiaga di 1300-88-2122 bagi tindakan segera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan