Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam satu temu bual khas bersempena dengan Perhimpunan Agung PBB ke-16. Foto TVS

Perhimpunan Agung PBB platform menilai, memperbaiki kelemahan

ByFebbright James

KUCHING, 13 Feb: Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan platform untuk menilai dan memperbaiki kelemahan pentadbiran dan dasar.

Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia merupakan amalan parti tersebut yang turut menumpukan kepada maklum balas daripada suara di peringkat akar umbi.

“Kami akan menggunakan platform ini (perhimpunan PBB) untuk mendapatkan input dari peringkat akar umbi mengenai pelbagai isu dan cadangan berkaitan sebab kita ada 82 cawangan PBB.

“Di PBB, kami mengambil serius perkara ini dan akan mencari penyelesaian untuk masalah-malasah ini kerana kami tahu ini (maklum balas) ini adalah suara rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu temu bual khas bersempena dengan Perhimpunan Agung PBB ke-16.

Jelasnya, perhimpunan tersebut juga akan menjadi platform untuk mengubah dan memperbaiki dasar menerusi usul- usul yang diutarakan.

“Ada antara usul yang dibahasa dan ada juga diterima tanpa dibahas. Menerusi pandangan daripada usul yang diutarakan, kita akan ubah dasar yang mana patut diubah.

“Misalnya pada perhimpunan agung yang lepas, selain daripada isu-isu yang mempunyai infrastruktur, kebajikan rakyat, soal ekonomi dan sebagainya, kita turut menggarikan bagaimana untuk mempercepatkan penyukatan tanah NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera) .

“Hasilnya, sehingga kini lebih dua juta hektar tanah NCR telah disukat secara perimeter dan ada dokumen yang dikeluarkan melalaui Seksyen 6 Tanah Negeri kita. Hampir 900,000 hektar telah diwartakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Awang Tengah yang juga Timbalan Premier Sarawak memaklumkan perhimpunan tersebut juga turut menjadi platfrom untuk menerangkan dasar dan inisiatif kerajaan yang ada terutamanya sejak Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memimpin parti tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan