Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika ditemubual TVS. Foto Willy Jali (TVS)

Perhimpunan Agung PBB Ke-16, fokus kestabilan politik dan hala tuju Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 12 Feb: Kestabilan politik dan usaha mencorak masa depan Sarawak menjadi salah satu agenda utama dalam Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-16, yang berlangsung dari 14 hingga 16 Februari 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Timbalan Yang Dipertua PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perhimpunan turut membincangkan pelbagai usul, termasuk resolusi politik, ekonomi dan pendidikan.

“Dalam Perhimpunan Agung ini, kita akan membincangkan beberapa usul, termasuk resolusi politik, ekonomi dan pendidikan. Selain itu, kita juga memberi peluang kepada ahli-ahli untuk memberikan pandangan mengenai apa yang mereka fikirkan sekarang dan untuk masa depan Sarawak.

“Selain itu akan ada cadangan untuk penambahbaikan dan dasar-dasar baru, agar kita dapat menghadapi cabaran yang akan datang. Jadi, ini adalah platform bagi setiap orang (ahli) diberi peluang untuk bersuara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual khas sempena Perhimpunan Agung PBB Ke-16 di sini pada Rabu.

Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak memaklumkan bahawa golongan wanita dan pemuda turut diberikan ruang untuk berbincang mengenai beberapa isu.

“Pada 14 Februari, sesi khas akan diadakan untuk Wanita dan Pemuda, mereka akan diberikan ruang untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan golongan wanita dan pemuda,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan