Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto fail TVS

Pergerakan Wanita PBB tunjang kestabilan parti

ByMadeline Dugat

KUCHING, 12 Feb: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) komited memainkan peranan penting sebagai tunjang kestabilan parti selain memastikan kesinambungan kepimpinan dan menjamin kemenangan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah menyifatkan kepimpinan wanita dalam parti PBB ini memiliki kelebihan tersendiri kerana sifat mereka yang fokus, teliti, dan komited dalam menjalankan tanggungjawab, baik dalam parti mahupun dalam bidang kemasyarakatan.

Menurut Fatimah, usaha wanita PBB dalam menjejaki pengundi dianggap sebagai satu pekerjaan yang penuh strategi dan ketelitian, kerana setiap undi adalah penting bagi kemenangan calon yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kekuatan wanita dalam meraih undi adalah keupayaan mereka mendekati pengundi dari rumah ke rumah. Kini, dengan digitalisasi, strategi meraih undi tidak hanya bergantung pada cara tradisional tetapi juga memanfaatkan pendekatan moden.

“Kita perlu mengadaptasi pendekatan ini bagi memastikan strategi pilihan raya yang lebih efektif,”katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Bangunan Baitul Makmur II, di Petra Jaya, pada Rabu.

Fatimah menegaskan bahawa pemahaman tentang sejarah parti adalah elemen penting bagi memastikan kesinambungan kestabilan yang telah lama menjadi asas perjuangan PBB dari era Barisan Nasional (BN) hingga kini dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak dan ADUN Dalat itu menambah seiring dengan persiapan menghadapi pilihan raya yang akan datang Pergerakan Wanita PBB akan memberi fokus kepada program ‘mentoring’ untuk melatih pemimpin muda, terutama di peringkat akar umbi.

Terang Fatimah, kombinasi pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda dalam pergerakan wanita juga penting untuk mencipta keseimbangan.

“Jadi dengan itu, program bimbingan ini sangat penting di peringkat ranting, cawangan, dan negeri.

“Jadi di sinilah golongan senior masih sangat relevan kerana mempunyai pengalaman yang luas dalam politik, ia adalah campuran yang sangat baik dengan idea-idea baru dan inovatif,”ujarnya.

Dengan peranan yang semakin luas dan strategik, wanita dalam PBB bukan sekadar sayap parti, tetapi juga pemacu utama dalam kestabilan politik bagi memastikan PBB terus relevan dalam landskap politik masa kini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan