KUCHING, 13 FEB: Penubuhan koperasi di dalam kawasan Simunjan diyakini melonjakkan sektor pelancongan selain meningkatkan ekonomi setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata inisiatif koperasi bakal menyediakan perkhidmatan rumah inap (homestay) yang berkualiti.
“Koperasi ini bukan hanya bertujuan untuk mengembangkan industri pelancongan, tetapi juga untuk memupuk semangat kerjasama dan gotong-royong di kalangan penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.
Awla terdahulu merasmikan penubuhan Koperasi Homestay Berambeh Berhad di Dewan Serbaguna Kampung Nanas di Simunjan baru-baru ini turut memuji inisiatif komuniti atas kerjasama memperkenalkan koperasi terbabit.
“Melalui koperasi ini, kita dapat menguruskan sumber dengan lebih cekap dan berkesan.
“Seterusnya meningkatkan daya saing dan keberdayaan ekonomi penduduk setempat,” ujarnya.