Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce. Foto hiasan Enavto

Pemandu lori maut dalam kemalangan disyaki mengalami serangan sakit jantung

SIBU, 13 Feb: Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.

“Semasa berhenti di situ, kenderaannya kemudian telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, yang disyaki mengalami serangan sakit jantung,” katanya dalam kenyataan.

Katanya,akibat kemalangan itu, pemandu lori berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam lori dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Sibu yang tiba di lokasi kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan