Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat penerbangan milik sarawak, AirBorneo, disaran untuk menggunakan model perniagaan hibrid bagi memastikan kelangsungan jangka panjang, selain memastikan harga tiket penerbangan kekal rendah bagi penumpang. Foto hiasan Envato

Model perniagaan hibrid kunci kepada kelangsungan AirBorneo

ByDouglas Elliot

KUCHING, 13 Feb: Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo disaran untuk menggunakan model perniagaan hibrid bagi memastikan kelangsungan jangka panjang selain membolehkan harga tiket penerbangan kekal rendah kepada penumpang.

Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Profesor Dr Evan Lau berkata, model tersebut berupaya mengimbangi tujuan penjanaan keuntungan dan penawaran harga kompetitif.

“Model hibrid bermaksud menyumbang kepada masyarakat sambil memastikan syarikat penerbangan kekal berdaya maju dari segi kewangan.

“Ini termasuk menawarkan harga yang kompetitif dan bersubsidi sambil menjana pendapatan untuk menyokong operasi jangka panjang,” katanya ketika dihubungi TVS.

Pada masa sama, beliau mencadangkan AirBorneo menjalin kerjasama strategik dengan agensi pelancongan, syarikat penerbangan lain atau perjanjian antara kerajaan negara serantau seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan sebagainya bagi merancakkan lagi sektor pelancongan Sarawak serta memperkukuh hubungan udara serantau.

“Pelancongan adalah salah satu sektor ekonomi yang penting, bukan sahaja di dunia tetapi juga di Sarawak.

“Kerjasama ini boleh membawa keuntungan yang dapat memastikan perniagaan kekal mampan untuk jangka panjang,” ujarnya.

Selain itu, Dr Evan turut menekankan kepentingan imej dan jenama bagi memastikan AirBorneo menonjol sebagai salah sebuah syarikat penerbangan serantau terkemuka.

“AirBorneo perlu membina jenama dan identiti yang kukuh sebagai satu strategi pemasaran yang baik agar orang ramai boleh mengenalinya,” jelasnya.

Dr Evan yakin AirBorneo mampu menjadi pemain utama dalam pasaran penerbangan yang kompetetif di rantau ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan