Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merasmikan Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 2025 di kawasan DUN Pantai Damai

MIS sentiasa komited dekati masyarakat

ByMahathir Haroun

KUCHING, 13 Feb: Majlis Islam Sarawak (MIS) sentiasa komited mendekati masyarakat sebagai usaha memperkasa pembangunan Islam di wilayah ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pendekatan jangkauan komuniti yang diterapkan dalam Ziarah Mahabbah sejajar dengan matlamat menyantuni rakyat, mendengar permasalahan dan memahami harapan terhadap institusi agama.

“Saya menghargai inisiatif ini yang bukan sekadar mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa agama dan masyarakat tetapi membuka ruang untuk menyelami keperluan sebenar mereka serta menambah baik perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 2025 di kawasan DUN Pantai Damai malam ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, setiap umat Islam juga bertanggungjawab menyebarkan nilai murni dalam kehidupan seharian.

“Marilah kita menjadikan program Ziarah Mahabbah sebagai titik permulaan kepada usaha yang lebih besar dalam memperkasakan masyarakat Islam di Sarawak.

“Saya menyeru semua pihak terus memberi sokongan dan komitmen padu demi memastikan kelangsungan dan keberkesanan program ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu menurutnya, program Ziarah Mahabbah merupakan inisiatif amat signifikan dalam mengukuhkan perpaduan umat Islam.

“Program ini bukan sekadar satu acara tetapi sebuah gerakan menyeluruh yang menyentuh aspek sosial, dakwah, pendidikan dan kebajikan.

“Ia juga merupakan satu platform strategik dalam merealisasikan matlamat Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2021 – 2030 (PTMIS 21-30) yang antara lainnya berusaha membangun dan memperkasa ummah secara holistik,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan