Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Foto hiasan Envato

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama sektor pertanian dan keterjaminan makanan

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Feb: Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Dalam satu kenyataan, KPKM memaklumkan perkara itu dinyatakan ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Luar Indonesia Arif Havas Oegroseno.

“Sejajar dengan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia, pertemuan ini membincangkan usaha memperkukuhkan kerjasama dua hala dan serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan,” menurut kenyataan itu.

Pada pertemuan itu, Arthur memaklumkan bahawa bersempena Kepengerusian ASEAN pada tahun ini, KPKM sedang menerajui penyediaan salah satu Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) di bawah naungan Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF).

Arthur seterusnya memaklumkan bahawa PED ini akan dibentangkan semasa Mesyuarat AMAF ke-47 yang dijadualkan berlangsung September ini.

Beliau memohon sokongan Indonesia serta semua negara anggota ASEAN terhadap usaha merealisasikan masa depan pertanian yang mampan dan berdaya tahan melalui PED ini.

KPKM memaklumkan Timbalan Menteri itu turut menjemput pihak Indonesia untuk menghadiri Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Mini MAHA) 2025 yang bakal diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada November ini.

Pada 2023, Indonesia merupakan rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia dalam sektor agromakanan dan produk pertanian terpilih, dengan nilai dagangan antara kedua-dua negara pada 2023 adalah RM18.88 bilion dalam sektor pertanian sahaja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan