Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Foto hiasan Envato

IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran – Zambry

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Feb: Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Berucap pada majlis Malaysia’s Research Star Award (MRSA) 2025 di sebuah hotel di sini malam ini, beliau berkata amalan tersebut bukan hanya mendatangkan manfaat kepada IPT itu sendiri tetapi turut memberi kesan positif kepada negara.

“Konsep ini sangat mustahak sebab kita sering kali uar-uarkan kepada dunia tentang kepentingannya.

“Jadi, jangan terlalu tertutup dari segi pendekatan bersama ini, jangan masing-masing nak menjaga universiti dan merasakan universitinya lebih baik daripada universiti lain,” katanya.

Beliau berkata warga akademik di IPT perlu saling memberikan sokongan dalam usaha membangunkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) agar hasilnya dapat dikongsikan kepada masyarakat.

Zambry turut menyeru warga IPT agar menghentikan budaya atau amalan yang boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap institusi pendidikan negara sehingga mencemarkan nama baik IPT masing-masing.

“Kita kena keluarkan diri kita daripada budaya-budaya yang tidak baik di universiti, jangan berantakan sesama sendiri kerana ia akan mematikan tradisi akademik universiti,” katanya.

Mengenai penerbitan bahan ilmiah, beliau berkata penerbitan bahan itu dapat membantu meningkatkan reputasi dan kualiti IPT tempatan.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah MRSA 2025. Semoga kejayaan ini membawa inspirasi ke arah pencapaian yang lebih gemilang,” katanya.

MRSA yang diperkenalkan pada 2012 menyaksikan penyampaian 26 anugerah daripada empat kategori iaitu Frontier Researcher, Outstanding Research in Phytochemicals, Researcher Cluster dan Journal.

Universiti Putra Malaysia mengungguli kategori Frontier Researcher dan Outstanding Research in Phytochemicals. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan