Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan yang Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melanjutkan tempoh pemasangan alat Mobile Transceiver Unit (MTU) di atas vesel penangkapan ikan zon C, C2 dan C3 sehingga 30 Jun depan. Foto hiasan Envato

Dewan Rakyat: Pemasangan MTU vesel penangkapan ikan di Sarawak dilanjutkan sehingga 30 Jun depan

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Rakyat dimaklumkan yang Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melanjutkan tempoh pemasangan alat Mobile Transceiver Unit (MTU) di atas vesel penangkapan ikan zon C, C2 dan C3 sehingga 30 Jun depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, keputusan itu susulan isu pembekalan alatan yang mengambil masa setelah tempahan dibuat.

Jelas beliau, tempoh dilanjutkan dengan syarat resit tempahan alat MTU yang dikeluarkan pihak vendor menjadi dokumen pengesahan pemilik dalam memenuhi syarat pemasangan alat MTU.

“(Sebelum ini) kerajaan mewajibkan keperluan untuk pemasangan MTU di atas vesel penangkapan ikan zon C, C2 dan C3, iaitu vesel penangkapan ikan tuna di laut lepas atau Lautan Hindi dalam syarat lesen.

“Bagi vesel zon C, kewajipan memasang alat MTU telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2024,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (Pakatan Harapan – Sibu) yang ingin tahu tujuan pemasangan alat MTU pada bot nelayan serta sebab dan cara mengatasi penolakan daripada nelayan terhadap sistem tersebut.

Jelas Arthur, MTU menggunakan teknologi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) untuk memantau kedudukan vesel, sekali gus membantu negara dalam memerangi aktiviti penangkapan ikan haram, tidak dilaporkan, dan tidak diatur (IUU Fishing).

Menurutnya, sehingga kini terdapat tujuh syarikat pembekal alat MTU di Malaysia dan dua daripadanya beroperasi di Sarawak dan lima syarikat beroperasi di Semenanjung Malaysia.

“Harga pasaran bagi satu unit alat MTU ini adalah sekitar RM4,200 hingga RM7,300 termasuk kos pemasangan.

“DOF akan menggalakkan lebih ramai syarikat pembekal alat MTU untuk mendapatkan Proof of Concept (POC) bagi membolehkan nelayan mempunyai pilihan serta mencari kaedah yang bersesuaian bagi membantu mengurangkan beban kos operasi dan harga peralatan ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan