KUCHING, 13 Feb: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyediakan perkhidmatan pembayaran cukai taksiran secara digital bagi memudahkan pembayar cukai atau pemilik pegangan melaksanakan tanggungjawab berkenaan.
Menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, DBKU menyatakan pembayaran boleh dibuat secara imbas kod QR (seperti dalam gambar).
Selain itu, pembayar cukai boleh melayari https://eserviceku.dbku.gov.my untuk mendapatkan bil masing-masing.
“Tarikh akhir penggal pertama untuk pembayaran cukai taksiran adalah pada 31 Mei depan dan tarikh akhir penggal kedua 31 Oktober 2025.
“Membayar cukai taksiran adalah tanggungjawab bersama. Jalankan tanggungjawab anda untuk kesejahteraan seluruh warga Bandaraya,” catat hantaran terbabit.
Pembayar cukai juga boleh menghubungi hotline cukai ditalian 082-448 822 sekiranya ada sebarang pertanyaan.