Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terdapat dua kapal angkasa lepas yang akan dilancarkan China tahun ini, iaitu Shenzhou-20 dan Shenzhou-21 yang dijangka mengekalkan keberadaan di orbit selama setengah tahun untuk menjalankan eksperimen saintifik secara menyeluruh termasuk melakukan aktiviti luar kenderaan (EVAs). Foto CMG

China siap lancarkan kapal angkasa Shenzhou-20 dan Shenzhou-21 tahun ini

ByBernama

BEIJING 13 Feb: Terdapat dua kapal angkasa lepas yang akan dilancarkan China tahun ini, iaitu Shenzhou-20 dan Shenzhou-21 yang dijangka mengekalkan keberadaan di orbit selama setengah tahun untuk menjalankan eksperimen saintifik secara menyeluruh termasuk melakukan aktiviti luar kenderaan (EVAs).

Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Angkasa Persekutuan Astronautik Antarabangsa, Yang Yuguang di sini pada Rabu.

“Pada masa ini, senarai kru untuk kedua-dua kapal angkasa tersebut telah ditetapkan, dan baik kru pilihan pertama mahupun kru pilihan kedua sedang berhempas-pulas menjalani latihan yang intensif,” ujar Yang.

Sementara itu, Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) mewartakan semalam bahawa sut angkasawan untuk pendaratan bulan dinamakan “Wangyu” dan kenderaan perayau bulan dinamakan “Tansuo”.

Wangyu bermaksud “Memandang ke Alam Semesta” dan Tansuo yang bermakna “Penerokaan”, bertepatan dengan misi penerokaan bulan yang diperjuangkan negara China.

Jurutera Kumpulan Sains dan Teknologi Angkasa China (CASC) Zhang Chongfeng berkata pihaknya telah menyelesaikan eksperimen teknologi penunjuk cara kenderaan perayau bulan di permukaan bulan simulasi, dan akan menumpukan kepada perincian dalam reka bentuk berkenaan serta ujian kejuruteraan seterusnya.

China sudah merancangkan pendaratan bermanusia di bulan demi pelaksanaan tugasan yang pelbagai menjelang tahun 2030, sekali gus secara mandiri membentuk landskap penerokaan bulan dengan menggunakan kenderaan bermanusia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan