Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi. Foto fail TVS

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan terus berkurangan kepada 107 orang daripada 29 keluarga berbanding 169 orang daripada 43 keluarga pada 4 petang tadi.

“Sebuah PPS ditutup di Kinabatangan malam ini, menjadikan hanya tinggal satu PPS dibuka di daerah itu,” menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di dua PPS di Bahagian Miri sedikit menurun iaitu 202 orang berbanding 205 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan dua PPS itu ialah Dewan Masyarakat Beluru yang kini menempatkan 137 orang serta SMK Bakong Beluru dengan 65 orang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan