Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juara beregu lelaki Indonesia Masters 2025 dan pasangan nombor 12 dunia Man Wei Chong-Tee Kai Wun kemudian memastikan Malaysia tidak kalah teruk dengan memenangi perlawanan akhir menentang beregu lelaki nombor 16 dunia Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 25-27, 21-17, 23-21. Foto Badminton Association of Malaysia - BAM (FB)

BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan pada 2017, Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.

Kempen edisi 2025 pasukan negara berakhir hari ini apabila kalah 2-3 kepada musuh ketat Indonesia di Conson Gymnasium, Qingdao, China.

Malaysia ketinggalan awal apabila pasangan beregu campuran berpengalaman Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mensia-siakan kemenangan set pertama 21-17 apabila tunduk 13-21, 18-21 kepada Dejan Fernandisyah-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam baki permainan.

Indonesia kemudian melebarkan kedudukan mereka apabila pemain perseorangan wanita Komang Ayu Cahya Dewi menang ke atas K. Letshanaa, 21-12, 21-19.

Pemain perseorangan lelaki negara dan pemain nombor 28 dunia, Leong Jun Hao, memberikan sedikit harapan buat Malaysia apabila bangkit menewaskan pemain nombor 63 dunia Yohanes Saut Marcellyno, 11-21, 22-20, 21-12.

Bagaimanapun pasangan beregu wanita negara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing gagal mengekalkan harapan Malaysia apabila tewas 21-18, 7-21, 17-21 kepada Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allessya Rose yang memberikan Indonesia mata kemenangan penting.

Juara beregu lelaki Indonesia Masters 2025 dan pasangan nombor 12 dunia Man Wei Chong-Tee Kai Wun kemudian memastikan Malaysia tidak kalah teruk dengan memenangi perlawanan akhir menentang beregu lelaki nombor 16 dunia Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 25-27, 21-17, 23-21.

Dengan keputusan itu, Indonesia yang membelasah Hong Kong 5-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Selasa lepas, mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan diikuti Hong Kong manakala Malaysia di tangga tercorot tanpa kemenangan.

Semalam, Malaysia memulakan kempen Kumpulan B dengan kekalahan kepada Hong Kong 2-3.

Hanya dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke suku akhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan