Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli ketika ditemui TVS di sini, hari ini. Foto TVS

BAM perlu lebih serius dalam setiap kejohanan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 Feb: Prestasi skuad badminton negara dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 menimbulkan kekecewaan dalam kalangan peminat dan pemerhati sukan.

Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menunjukkan kesungguhan yang sepatutnya dalam mempersiapkan pasukan untuk menghadapi kejohanan yang berlangsung di China pada edisi kali ini.

“Saya rasa penyertaan kita pada kejohanan kali ini boleh saya sifatkan sebagai tidak begitu serius.

“Walaupun kita meletakkan sasaran mara ke pusingan kalah mati atau setidak-tidaknya suku akhir, kita sepatutnya menghantar pemain terbaik,” kata Dr Pekan ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Beliau turut menekankan pentingnya pemilihan pemain dengan memastikan hanya pemain terbaik yang diturunkan dalam kejohanan penting seperti ini.

“Kalau kita bawa pemain itu, kita mesti memastikan pemain itu adalah yang terbaik di kalangan terbaik.

“Pemain seperti ini harus diturunkan dalam perlawanan pertama. Saya melihat percaturan kali ini tidak serius, dan ini sangat mengecewakan,” ujarnya.

Menurut Dr Pekan, BAM perlu lebih teliti dalam membuat perancangan strategi termasuk pemilihan barisan pemain untuk memastikan Malaysia mampu memberi saingan sengit kepada pasukan lain yang lebih berpengalaman.

Terdahulu pasukan badminton negara gagal mara ke pusingan kalah mati dalam kejohanan tersebut termasuk kekalahan mengecewakan kepada Hong Kong dan Indonesia.

Kekalahan tersebut mencetuskan persoalan mengenai tahap persediaan pasukan kebangsaan serta keutamaan yang diberikan oleh BAM dalam kejohanan antarabangsa.

Dr Pekan turut menyeru BAM untuk mengambil iktibar daripada kekalahan tersebut agar lebih bersedia dalam kejohanan besar yang akan datang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan