Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rata-rata orang ramai berpendapat tambang penerbangan yang tinggi sering menjadi beban kepada rakyat, terutama pelajar dan pekerja yang perlu berulang-alik antara Sarawak dan Semenanjung. Foto hiasan, Envato.

AirBorneo: Rakyat sambut baik, harap tambang mampu milik

ByVanessa Enjop

MIRI, 13 Feb: Pengambilalihan MASwings oleh Sarawak disambut baik oleh rakyatnya dengan menyaksikan satu perubahan besar dalam sektor penerbangan di negeri ini.

Keputusan terbabit diharap dapat meningkatkan kesalinghubungan udara, terutama di kawasan luar bandar yang selama ini berdepan kesukaran mendapatkan perkhidmatan penerbangan dengan harga berpatutan.

Dari kiri, Mohammad Rozaimi Alwi, 39 tahun, Useri Abdul Rahman, 57 tahun dan Dr. Subramaniam R. M. Palaniappan, 58 tahun. Foto: TVS

Rata-rata orang ramai berpendapat tambang penerbangan yang tinggi sering menjadi beban kepada rakyat, terutama pelajar dan pekerja yang perlu berulang-alik antara Sarawak dan Semenanjung.

Menurut Mohammad Rozaimi Alwi, 39, kewujudan syarikat penerbangan milik negeri ini mampu membawa manfaat besar kepada rakyat dan ekonomi tempatan.

“Saya berasa gembira dan bangga kerana ini adalah kali pertama kita mempunyai syarikat penerbangan sendiri. Dengan adanya syarikat penerbangan milik Sarawak, saya harap harga tambang lebih mampu milik, terutama bagi pelajar dan golongan B40 yang perlu berulang-alik ke Semenanjung.

“Pengambilalihan ini berpotensi membantu pertumbuhan ekonomi Sarawak, terutama jika kita dapat menarik lebih ramai pelancong asing, termasuk dari China. Dengan lebih banyak pelancong masuk ke Sarawak, sektor pelancongan dan perniagaan tempatan akan berkembang, memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Menurut Useri Abdul Rahman, 57, yang melihat kewujudan syarikat penerbangan ini sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi di wilayah ini.

“Kehadiran syarikat penerbangan sendiri boleh mendorong persaingan dan memastikan harga tiket lebih berpatutan. Selain itu, ia juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak Sarawak dalam industri penerbangan.

“Contohnya, kehadiran syarikat penerbangan lain boleh mendorong tambang yang lebih murah dan memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Subramaniam R. M. Palaniappan, 58, yang telah menetap di Miri selama 30 tahun mengalu-alukan pengambilalihan terbabit yang diakuinya bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Kesalinghubungan di Sarawak memang ada, tetapi kos perjalanan udara masih tinggi bagi kebanyakan orang. Saya berharap syarikat penerbangan ini dapat memperluaskan laluan ke Semenanjung serta destinasi antarabangsa bagi memudahkan rakyat Sarawak.

“Peluang pekerjaan juga akan meningkat seiring dengan perkembangan syarikat penerbangan ini. Dengan lebih banyak laluan dan operasi penerbangan, sudah pasti keperluan untuk tenaga kerja dalam pelbagai bidang seperti operasi, kru kabin, serta kakitangan sokongan akan bertambah,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan