Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri majlis makan malam bersama pertubuhan Rabithah Alawiyyah Pahang di Teluk Cempedak, Kuantan, malam tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi menghadiri majlis makan malam bersama pertubuhan Rabithah Alawiyyah Pahang

ByMarzella Sigai

KUANTAN, 12 Feb: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri majlis makan malam bersama para pemimpin dan ahli pertubuhan Rabithah Alawiyyah Pahang di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang malam tadi.

Menurut Astana Negeri Sarawak, majlis tersebut menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan silaturahim, bertukar pandangan dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan hal ehwal Islam di peringkat negeri serta nasional.

Majlis dihadiri Exco Hal Ehwal Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad Al-Yahya.

Hadir sama, Pengerusi Rabithah Alawiyyah Pahang Datuk Syed Nasaruddin Syed Abdul Hadi Al-Baity dan Setiausaha Rabithah Alawiyyah Pahang, Syed Abu Bakar Syed Hamzah Al-Yahya.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga besar Rabithah Alawiyyah Pahang.

Rabithah Alawiyyah Pahang, pada asalnya dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Asyraaf Pahang, ditubuhkan pada tahun 2005 sebelum bergabung dengan Pertubuhan Rabithah Alawiyyah Malaysia pada 2022.

Pertubuhan ini berperanan dalam menjaga kebajikan serta mendokumentasikan salasilah nasab saadah Syed dan Syarifah di Pahang.

Tun Wan Junaidi turut menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur serta berharap agar jaringan kerjasama dan hubungan persaudaraan yang terjalin terus diperkukuh demi manfaat bersama.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan