Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semenanjung Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober 2023. Foto AFP

Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza

ByBernama

WASHINGTON, 12 Feb: Raja Jordan Raja Abdullah II menitahkan agar sekitar 2,000 kanak-kanak dari Gaza yang menghidap kanser atau berada dalam keadaan kritikal dibawa ke Jordan bagi menerima rawatan perubatan.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Sebelum mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Rumah Putih pada Selasa, baginda bertitah bahawa Jordan kekal teguh dalam usaha membantu Gaza serta menekankan kepentingan mengekalkan gencatan senjata dan mempercepatkan usaha pembinaan semula wilayah itu.

Dalam pertemuan itu, Raja Abdullah dan Trump mengesahkan hubungan kukuh antara Jordan dan AS serta membincangkan pelbagai inisiatif bagi mempertingkatkan kerjasama dua hala.

Raja Abdullah sekali lagi menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi Jordan terhadap perjuangan rakyat Palestin, sambil menekankan keperluan mencapai perdamaian yang adil bagi menjamin hak rakyat Palestin serta kestabilan serantau menerusi penyelesaian dua negara.

Baginda bertitah bahawa Mesir serta beberapa negara Arab lain akan membentangkan satu pelan bagi Gaza, sambil menegaskan betapa pentingnya penyelesaian yang mengambil kira kepentingan semua pihak, khususnya rakyat Jordan.

Raja Abdullah turut menyampaikan penghargaan kepada Trump atas peranannya dalam memastikan gencatan senjata di Gaza, selain menyeru usaha berterusan bagi mengelakkan ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Baginda juga mengiktiraf peranan AS dalam menyokong keamanan dan kestabilan di rantau itu.

Sementara itu, Trump menzahirkan penghargaan terhadap peranan Jordan dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan, serta menegaskan hubungan kukuh antara kedua-dua negara.

Pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Jordan Ayman Safadi, Duta Jordan ke AS Dina Kawar serta Setiausaha Negara AS Marco Rubio. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan