Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook menyaksikan majlis penandatanganan dan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) perjanjian jual beli pengambilalihan MASWings oleh Kerajaan Sarawak daripada Malaysia Aviation Group (MAG). Foto Nadim Bokhari (TVS)

Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings

KUCHING, 12 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Beliau berkata terdapat butiran tertentu mengenai pengambilalihan itu yang tidak dapat dikongsikannya secara terbuka kerana ia bersifat komersial.

“Tak juga mahal, tak juga murah but I cannot discloselah (tak boleh dedahlah),” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian jual beli MASwings, di sini hari ini.

Abang Johari berkata perjanjian pengambialalihan MASwings adalah berbeza daripada ketika beliau mengumumkan Sarawak membayar RM2.5 bilion untuk mengambil alih loji hidroelektrik Bakun daripada Kerajaan Persekutuan pada 2017.

“Bakun kerana kita sahaja ada Bakun, jadi saya boleh dedah (kos pengambilalihan).

“Tetapi bagi MASwings, kita mesti menghormati pemain lain (penerbangan). Ada MAS, ada AirAsia, ada Malindo, ada Batik Air. Kita mesti menghormati perjanjian komersial,” katanya.

Sementara itu mengenai pemilihan nama AirBorneo untuk syarikat penerbangan itu selepas pengambilalihan tersebut beliau berkata Sarawak juga mempertimbangkan kepentingan orang di Sabah, yang turut diberi perkhidmatan oleh MASwings semasa operasinya selama 17 tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan