Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Jabatan Premier Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Perkhidmatan awam penggerak agenda pembangunan Sarawak

KUCHING, 12 Feb: Perkhidmatan awam Sarawak menjadi nadi penting dalam membantu menggerakkan perancangan dan agenda pembangunan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, peranan dan sokongan yang diberikan penjawat awam Sarawak telah banyak membantu kerajaan mencapai beberapa kejayaan penting.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perkhidmatan awam yang telah bekerja keras menyokong pentadbiran kerajaan Sarawak dalam menjayakan pelaksanaan program pembangunan di seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Jabatan Premier Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Jelasnya, Sarawak bertuah kerana mempunyai rakyat yang mengamalkan budaya yang pelbagai, berwarna-warni dan sentiasa mengekalkan perpaduan yang kukuh.

“Keadaan ini memudahkan kita (Kerajaan Sarawak) dan penjawat awam Sarawak menjalankan tugas dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam majlis yang sama, Abang Johari turut memberikan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang diketuai pengerusinya yang juga merupakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan kakitangan awam Sarawak kerana berjaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat semasa beberapa kawasan di wilayah ini dilanda musibah banjir baru-baru ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan