Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Jabatan Premier Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Peranan Sarawak dalam konteks ASEAN diakui di peringkat global

KUCHING, 12 Feb: Peranan Sarawak dalam konteks keseluruhan pembangunan dalam kalangan negara-negara ASEAN terus diakui di peringkat global.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, beberapa negara yang menjadi rakan kepada Singapura turut memuji kelebihan dan peranan Sarawak di peringkat antarabangsa.

“Mereka mengatakan Sarawak bertuah kerana mempunyai sistem perkhidmatan awam yang berasingan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kedua, Sarawak mempunyai autonomi dalam melaksanakan program pembangunannya dan ketiga memiliki kekuatan di dalam pengeluaran sumber tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Jabatan Premier Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari menjelaskan, kesemua kelebihan yang dimiliki itu hasil kerjasama dan komitmen tinggi sektor perkhidmatan awam Sarawak menjadi tulang belakang kepada kerajaan negeri.

“Semalam saya bersama dengan beberapa barisan pemimpin muda yang datang dari pelbagai negara dan mereka sangat teruja melihat budaya kita di Sarawak.

“Terutamanya, melihat kekuatan dan keupayaan kita dalam mengurus sumber tenaga di wilayah ini,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan