Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu yang lain pada Majlis Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Jabatan Premier Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Organisasi, entiti strategik yang dikembalikan lonjak pembangunan Sarawak

KUCHING, 12 Feb: Beberapa organisasi dan entiti strategik yang telah diambil alih oleh Kerajaan Sarawak sebelum ini akan menjadi kelebihan untuk melonjakkan pembangunan di wilayah ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, antaranya Pelabuhan Bintulu dan rundingan melibatkan beberapa perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjaya dikembalikan termasuk kuasa ke atas pengurusan alam sekitar.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tetamu lain pada Majlis Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Jabatan Premier Sarawak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

“Semua kejayaan ini akan mewujudkan keseluruhan ekosistem yang lebih baik apabila semua entiti strategik ini di bawah kawalan kita (Kerajaan Sarawak),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Jabatan Premier Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Jelas Abang Johari, bersempena dengan Tahun Ular ini, Kerajaan Sarawak bertekad meneruskan kebijaksanaan dalam mengurus semua agensi dan entiti strategik yang telah diambil alih.

“Kita memerlukan idea baharu yang strategik dan signifikan untuk menambah baik pembangunan dan kesejahteraan yang kita nikmati sekarang, sekaligus memastikan matlamat dan impian kita akan menjadi kenyataan menjelang 2030 kelak,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan