Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata RAS ialah tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan komitmen ini diperkukuh menerusi memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 27 Okt 2023. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kerajaan teruskan subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar Sarawak, Sabah

KUCHING, 12 Feb: Kerajaan Persekutuan akan terus menyalurkan subsidi bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sarawak dan Sabah susulan pengambilalihan operator perkhidmatan itu, MASwings Sdn Bhd, oleh kerajaan Sarawak.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata RAS ialah tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan komitmen ini diperkukuh menerusi memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 27 Okt 2023.

“Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah menandatangani memorandum untuk menyatakan komitmen sekiranya kerajaan Sarawak mengambil alih MASwings, subsidi kewangan dan komitmen kewangan setiap tahun untuk perkhidmatan luar bandar akan diteruskan kepada syarikat penerbangan baharu,” katanya.

Bercakap pada majlis menandatangani perjanjian jual beli MASwings antara kerajaan Sarawak dengan Malaysia Aviation Group (MAG) di sini hari ini, Loke berkata kerajaan pusat memperuntukkan RM209 juta bagi RAS di Sarawak dan Sabah tahun ini.

“Saya yakin pemilik baharu, kerajaan Sarawak, pasti akan menambah baik perkhidmatan RAS dan menyediakan hubungan udara yang lebih baik kepada penduduk luar bandar di Sarawak dan Sabah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan